Saturday 26 September 2009

limau kakya



Limau Kakya juga disebut sebagai Limau Bukit(triphasia trifolia). Bagi peminat bongsai, spesis pokok ini tidak asing lagi untuk tatapan, simpanan dan koleksi bongsai. Jika dahulu pokok ini tumbuh melata di kampung-kampung terutama di kawasan yang tinggi dan berbukit tetapi sekarang sukar untuk mendapatkannya. Kadar pertumbuhan pokok ini terlalu lambat.Semasa kecil bersama kawan-kawan di rumah nenek , saya selalu memetik buah limau yang cantik dan tumbuh melata ini untuk mengilatkan kuku. Buahnya boleh dimakan tetapi berasa sedikit pedau. Foto yang dirakamkan ini adalah koleksi pokok saya yang telah berusia lebih tiga puluh tahun.

0 comments:

Post a Comment