Samudra Lawan AG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Si Kecil Rama-rama

Rama-rama si kumbang jati, Khatib Endah pulang berkuda. Patah tumbuh hilang berganti, Pusaka tinggal begitu juga

LIMAU BUKIT

Limau Kakya juga disebut sebagai Limau Bukit(triphasia trifolia).

Monday 29 March 2010

sungai melaka

sungai sepanjang zaman........


Wednesday 17 March 2010

biru


Biru mempunyai makna kepercayaan,mendambakan ketenangan dan ketenteraman, perahsia, kesetiaan, ketenangan, kedamaian, ketulusan, kesejukan, air, awan, harmoni,kebersihan, konservatif, percaya diri, dan penyembuhan namun di sebalik makna ini warna ini juga membawa maksud kesedihan dan kedinginan

Monday 15 March 2010

tasik..hutan..gunung..awan



Lokasi:Kg Chinchin, Jasin. Tasik..hutan..gunung..awan, saling berada dalam titik persamaan walau diterbalikkan. Anugerah Tuhan.

Sunday 14 March 2010

Termasyur...Sunyi



Morib, satu destinasi perkhelahan di Malaysia. Semasa di bangku sekolah, banyak rencana dan petikan dalam buku-buku teks menggambarkan suasana menarik di Morib.Ramai murid yang menulis karangan tentang perkhelahan di Pantai Morib.Kini telah berubah, adakalanya destinasi ini sunyi. Namun dalam kesunyian adanya ketenangan.

Sunday 7 March 2010

BINA INSAN

meredah cabaran





Program Bina Insan, satu program yang wajib dilalui oleh bakal warga pendidik. Lokasi foto-foto ini adalah sekitar kampung Lancang, Merlimau Melaka. Walaupun cabaran yang peserta-peserta ini lalui bagi saya tidaklah sehebat mana tetapi ia mengimbau kenangan dan nostalgia saya semasa melalui program Bina Semangat. Dugaan sebenarnya bukanlah cabaran fizikal tetapi cabaran mental. Sabar dengan tingkah laku dan gelagat rakan lain serta keadaan sekeliling. Dalam perjalanan menemani peserta program ini, sempat saya rakamkan sedikit foto untuk perkongsian bersama.

Friday 29 January 2010

KINABALU




Gunung Kinabalu, puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4,095M/13,435 kaki. Trek untuk mendaki gunung ini tidaklah terlalu sukar kerana telah ada laluan yang telah dibina sepanjang kira-kira 8.5km namun cabaran sebenarnya ialah cuaca dan suhu. Suhu yang sejuk dan oksigen yang nipis menyebabkan pendaki mudah keletihan. Bagi seseorang pendaki, seperti mana mendaki gunung-gunung yang lain, kepuasan dirasai apabila berada di puncak. Puncak tertinggi di Gunung Kinabalu dinamakan Puncak Gunting Lagadan bagi orang tempatan atau bagi orang luar Lows Peak. Kaki Gunung Kinabalu terletaknya di perkampungan Kundasang. Di waktu pagi, kita akan berasa segar dan nyaman apabila berada di sana. Pelbagai suasana dan fenomena pemandangan menarik yang tidak terdapat di tempat lain dapat kita lihat. Saya rasa bertuah apabila dapat merakamkan pemandangan sebenar Gunung Kinabalu dari perkampungan di Kundasang. Dua foto di atas saya rakamkan kira-kira pada pukul 6.30 pagi. Jarak masa antara dua foto ini dirakamkan adalah kira-kira lima hingga sepuluh minit. Bayangkan dalam jarak masa yang singkat ini pemandangannya telah berubah yang dapat disaksikan di sana. Menarik dan cantik.

Nak tahu Tentang Asas Kamera ?

Sumber : wikipedia
Kamera adalah alat paling penting dalam aktiviti fotografi. Istilah ini bermula dari istilah camera obscura, atau dalam bahasa Latin bermaksud "ruang gelap", mekanisme awal untuk memproyeksikan tampilan di mana suatu ruangan berfungsi seperti cara kerja kamera fotografi yang modern, kecuali tidak ada cara pada waktu itu untuk mencatat tampilan gambarnya selain secara manual mengikuti jejaknya. Dalam dunia fotografi, kamera merupakan suatu peranti yang membentuk dan merakam suatu bayangan potret pada lembaran filemSistem lensa pada kamera membentuk objek pada sebuah media yang peka cahaya. Media ini akan memancarkan elektron ke media sasaran apabila terkena cahaya. Selanjutnya, pancaran elektron itu diproses secara elektronik.
Komponen kamera
Komponen asas bagi sesebuah kamera adalah:
• Kotak yang kedap cahaya (badan kamera)
• Sistem lensa
• Pemetik potret (shutter)
• Pemutar film
Badan kamera
Badan kamera adalah ruangan yang sama sekali kedap cahaya, namun dihubungkan dengan lensa yang menjadi satu-satunya tempat cahaya masuk. Pada bahagian ini cahaya yang difokuskan oleh lensa akan diatur agar tepat mengenai dan membakar filem.
Manakala kamera untuk tujuan seni fotografi pula, kebiasaannya ditambahkan beberapa kemudahan dan aksesori tambahan seperti :
• Pengatur ISO/ASA Film.
• Shutter Speed.
• Aperture (Bukaan Diafragma).
• Blitz (atau lebih umum disebut lampu kilat atau flash)
Sistem lensa
Sistem lensa dipasang pada lubang depan kotak, berupa sebuah lensa tunggal atau sejumlah lensa yang tersusun dalam suatu silinder logam.
Tingkat penghalangan cahaya dinyatakan dengan angka f, atau bukaan relatifnya. Makin rendah angka f ini, makin besar bukaannya atau makin kecil tingkat penghalangannya. Bukaan ini diatur oleh jendela diafragma. Bukaan relatif diatur oleh suatu diafragma. Untuk kamera SLR, lensa dilengkapi dengan pengatur bukaan diafragma yang mengatur banyaknya cahaya yang masuk mengikut kesesuaian dan keinginan jurufoto.
Disamping lensa biasa, terdapat juga lensa sudut lebar (wide lens), lensa sudut kecil (tele lens), dan lensa variabel (variable lens, atau disebut dengan istilah lensa zoom.
Lensa sudut lebar mempunyai jarak fokus yang lebih kecil daripada lensa biasa. Namun sebutan itu bergantung pada lebarnya film yang digunakan. Untuk film 35 milimeter, lensa 35 milimeter akan disebut lensa sudut lebar, sedangkan lensa 135 milimeter akan disebut lensa telefoto.
Lensa variabel dapat diubah-ubah jarak fokusnya, dengan mengubah kedudukan relatif unsur-unsur lensa tersebut. Lensa akan memfokuskan cahaya sehingga dihasilkan bayangan sesuai ukuran film. Lensa dikelompokkan sesuai panjang focal length (jarak antara kedua lensa).
Focal lenght mempengaruhi besar komposisi gambar yang mampu dihasilkan. Dalam masyarakat umum, lebih dikenal dengan istilah zoom
Pemetik Potret
Tombol pemetik potret atau shutter dipasang di belakang lensa atau di antara lensa. Kebanyakan kamera SLR mempunyai mekanisme pengatur waktu untuk memungkinkan jangkamasa bukaan shutter. Jangka masa yang singkat bagi pemetik potret membuka, memungkinkan cahaya mengenai filem. Secara umumnya kemampuan kamera sebanding dengan besarnya nilai maksimum shutter speed yang digunakan
Komponen-komponen lain
Komponen lain bagi sesebuah kamera, antara lain:
1. Mekanisme memutar film gulungan agar bagian-bagian film itu bergantian dapat disingkapkan pada objek
2. Mekanisme fokus yang dapat mengubah-ubah jarak antara lensa dan film,
3. Pemindai komposisi pemotretan (range finder) yang menunjukkan apa saja yang akan terpotret serta apakah objek utama akan terfokus
4. lightmeter untuk membantu menetapkan kecepatan pemetik potret atau besarnya bukaan, agar banyaknya cahaya yang mengenai film cukup tepat sehingga diperoleh bayangan atau gambar yang memuaskan.
Walau bagaimanapun beberapa kamera, terutama jenis kamera poket biasanya tidak memiliki salah satu dari komponen-komponen tersebut.
Jenis kamera berdasarkan media penangkap cahaya
Kamera film menggunakan pita seluloid (atau sejenisnya, sesuai perkembangan teknologi). Butiran silver halida yang menempel pada pita ini sangat sensitif terhadap cahaya. Saat proses cuci film, silver halida yang telah terdedah cahaya dengan ukuran yang tepat akan menghitam, sedangkan yang kurang atau sama sekali tidak terdedah akan tanggal dan larut bersama cairan pengembang (developer).

Nak tahu Tentang Makna Fotografi ?

Sumber: Wikipedia
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optic geomitri Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu. Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu pengumpul cahaya dan Perakam cahaya