Friday 29 January 2010

KINABALU




Gunung Kinabalu, puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4,095M/13,435 kaki. Trek untuk mendaki gunung ini tidaklah terlalu sukar kerana telah ada laluan yang telah dibina sepanjang kira-kira 8.5km namun cabaran sebenarnya ialah cuaca dan suhu. Suhu yang sejuk dan oksigen yang nipis menyebabkan pendaki mudah keletihan. Bagi seseorang pendaki, seperti mana mendaki gunung-gunung yang lain, kepuasan dirasai apabila berada di puncak. Puncak tertinggi di Gunung Kinabalu dinamakan Puncak Gunting Lagadan bagi orang tempatan atau bagi orang luar Lows Peak. Kaki Gunung Kinabalu terletaknya di perkampungan Kundasang. Di waktu pagi, kita akan berasa segar dan nyaman apabila berada di sana. Pelbagai suasana dan fenomena pemandangan menarik yang tidak terdapat di tempat lain dapat kita lihat. Saya rasa bertuah apabila dapat merakamkan pemandangan sebenar Gunung Kinabalu dari perkampungan di Kundasang. Dua foto di atas saya rakamkan kira-kira pada pukul 6.30 pagi. Jarak masa antara dua foto ini dirakamkan adalah kira-kira lima hingga sepuluh minit. Bayangkan dalam jarak masa yang singkat ini pemandangannya telah berubah yang dapat disaksikan di sana. Menarik dan cantik.

0 comments:

Post a Comment